Saturday, July 26, 2008

cinta?

click to comment


Jangan baca kalau kau orang rasa muak dengan perkataan ni. (aku pun muak juga sebenarnya but this shit is making me crazy, gotta let it go).

03. 06. 08. Aku kenal benda bernama cinta. Dah aku decide yang aku nak simpan benda ni, sebab dia cantik sangat. You know, so adorable. Sangat indah sehingga kan aku tak berfikir dua kali untuk memilikinya.

Kemana aku pergi, aku bawa benda ni. Ada juga aku jumpa benda-benda yang lain. Orang kata itu cinta jugak, tapi aku tiada keinginan nak ganti cinta aku tu dengan cinta yang baru. Aku bahagia, walaupun kadang-kadang cinta tu buat aku rasa sedih. Kadang-kadang rasa sepi, walaupun aku peluk cinta tu. Aku tetap seorangan.

lama-lama, cinta ini seakan tak suka pada aku. Walaupun aku jaga dia baik-baik, it still drifting away from me. Makin lama, makin jauh, makin jauh. Cinta ini, tak seindah dulu. Tapi ia masih di sini. Kadang-kadang cinta ini buat aku rasa benci, rasa marah, tapi dia tak pergi. Kenapa?

Cinta,

Kenapa kau harus tetap di sini kalau hanya menyakitkan? Aku jemu. Aku bosan. hanya bila masa-masa tertentu, cinta ini kembali senyum, dan gembira. selepas beberapa ketika, ia kembali menjauh. Tapi ia masih di sini.

Masih di sini.

Aku cuba cari si benci, tapi sangat susah untuk kutemui. Dan kalau ada pun, susah mahu ku tanam dalam diri. Baru sminit dua aku pegang, ia dah lari, tinggalkan aku sorang-sorang dengan cinta yang macam tak sudi bertemankan aku.

Can you guys imagine?

aku dan cinta.

macam main kejar-kejar.

ya, macam main kejar kejar.

*sigh*

No comments: