Muhammad Faliq Afiq Bin Othman. Seorang Muslim, Melayu, berumur 17 tahun dan sangat kompleks. Ya, itu nama penuh aku, dan butir paling ringkas. Yang jarang mahu aku dedahkan secara umum namun hari ini aku seakan cenderung untuk berkogsi segalanya dengan kalian. Ya, kalian, teman-teman di internet ini. Oh, aku percaya bukan sekadar sahabat yang akan membaca perenggan - perenggan ini, tapi lurkers, haters, dan mungkin juga admirers (angkat kening). haha. sekadar gurauan.
Aku lebih dikenali sebagai Afiq di kalangan kawan-kawan dan family. Sahabat lama lebih cenderung memnaggil aku Apek, sbb dulu mase tadika aku mmg mcm cina, mata sepet, kulit putih. Di sekolah ramai orang panggil aku Faliq. Nama yang bagi aku sangat glamour. *apex* . Puan Pauziah guru ku yang comel ini pula menggelarkan aku wakil rakyat, sebab dlm kelas aku suka berjalan - jalan tengok rakan. Pn Pauziah juga telah banyak mendidik aku supaya berfikiran secara matang, alhamdulillah aku makin matang kerana dengar akan nasihatnya.... hahaha. Kenapa apex? (nickname aku sebelum ni) Sebab, nama tu berasal daripada sahabat aku sendiri, iaitu Hazim Muhammad, dia yang start pangil aku apex, masa main Ragnarok dulu. Kalau aku ada anak nanti, nama danielle tu mesti ada hehe. Ok, jangan ketawa. huh. Tapi sekarang aku rasa cukup-cukupla dengan fantasi aku. aku mahu lebih realistik. Dari apa yang aku lalui setakat ini, aku belajar, bahawa dalam hidup, harus kurang berkhayal, kurang mengharap, takut kalau nanti bila tersedar, kita dah jauh tersasar. *sigh*
Aku suka musik! Jadikan aku tenang dan cergas selalu. Hehe. Aku suka semua jenis musik, tapi aku lebih banyak dipengaruhi musik indie. Hingga aku rasa musik seakan satu budaya. Tapi kaang-kadang aku rasa jelik lihat orang2 yang mengaku suka indie, minat undergond, tapi hakikatnya tak pernah tahu pun asal sul kumpulan tu, sebaliknya hanya suka bila band indie terjun ke mainstream. Contohnya hujan. Time diaorang belum exposed, takdelah ramai mana pun peminat extreme. Yang minat pun oran-orang yang cool jelah. taklah extreme mana. Bila dah keluar di media, baru la masing-masing tetiba minat gila kat hujan. Pelik kan?
Grafik. Kalau nak ceritatentang minat aku pada grafik ini, satu buku pun tak habis. My passion, my soul, my life. Pernah aku bayangkan kalau aku ak dapat melihat. Bagaimana masa depanku? bagaimana aku nak melakukan illustration? Bagaimana aku mahu capture foto? bagaimana aku mahu buat photo retouching? . Bila aku sudah clear dengan hala tuju aku, aku lebih minat dengan apa yang aku buat. Lebih yakin, dan lebih bersungguh.
Aku, sangat sensitif. Bukan sekadar pada diri aku sendiri, tapi juga pada hal-hal di sekeliling. Aku mudah tersentuh teutamanya dengan orang yang rapat dengan aku, tapi tak susah untuk buat aku senyum balik. Dan selalunya, aku tak mudah nak tunjukkan yang aku kecil hati ker, kecil jantung. eh. Aku selalunya suka diamkan. Kalau seseorang tu ckup kenal dengan aku, dia akan tahu kalau aku badmood. Hmm. Aku tak reti marah! hehe Bob pun cakap camtu. Bob tu kawan baik akula.
Marah, maksudnya yang menengking2 ataupun ucapkan kata2 yang asdkdadlahdhal. Kalau aku marah, selalunya aku diam je. Kalau aku marah sangat selalunya aku akan pendam. haha.
Aku tak mahu hipokrit. Tipulah kalau ada yang kata mereka tak perlukan perhatian dari keluarga, kawan-kwan atau orang terdekat. Tapi tidaklah sampai aku sanggup lakukan apa saja demi perhatian. Kalau kita dapat perhatian, kita akan dapat lebih ramai kawan kan? Dan aku suka berkawan. Sebab bagi aku susah nak cari kawan yang betul-betul sejiwa dengan aku. anda boleh nilai sendiri, kalau anda hantar comment, pendek. aku pun balas pendek. bila selalu begitu, aku akkan reply lagi comment anda. Tapi kalau anda hantar comment pendek pun, tapi aku tetap balas dengan komen panjang berjela dengan penuh semangat, maknanya aku rasa kau orang dan aku, sekepala. :D . Sebut pasal perhatian aku cukup jijik dengan perempuan dan juga lelaki yang gila kan perhatian sampai sanggup dedah-dedah dan upload pic yang tak senonoh pada umum. Contohnya, gambar pakai tuala, berkemban. Perlu kah gambar sebegitu? Tajuk dia apa? Berkemban itu cantik? Dan tanpa segan silu menggunakan perkataan yang asdkgaj seperti t_t_k, k_ne_k, dan sebagainya. Aku jijik dengn mereka. Jijik. Oh dan juga jijik dengan people who thinks we should be open minded, with sex orientation. Yalah, tak pernah terfikir kenapa tuhan menjadikan hawa, seorang perempuan untk adam? kenapa tidak tuhan jadikan seorang lagi lelaki? dan kenapa tuhan memberikan nikmat mengandung itu hanya untuk perempuan? Kerana perempuan dicipta untuk lelaki. Sperti kunci dengan mangga. Kunci dengan kunci, tak akan jadi apa-apa kan? begitu juga sebliknya. Ceh, mula lah aku bersyarah.
Inilah aku, berterus terang, dan jujur.Kalau kau orang nak kata aku berlagak, silakan.
aku tak kisah,
sabab inilah aku.
No comments:
Post a Comment