Friday, March 5, 2010

FINISH!


SIAPPP!!!!!

yeahh... x sia2 aku cuti... selesai lagi stu masalah yg slalu menghantui aku selame ni..
gambar blum accept lg.. tpi ak yakin gmbar ni bleh..
skurang2nya x de la serabut kepale otak aku ni...

Thursday, February 25, 2010

DPM PROJECT!


SIAP!!!!!!!!!

Perghh... Penat lelah abg menyiapkan project ni... akhirnya siap jugak... gmbar pertama x kne reject... sir trus accept :D

Lame gak aku edit gmbar ni.. cari sane cari sini.. akhirnya trkluar gak idea pelik ak..
Aku mmg x de mood nk buat bende ni, sbb ade masalah sikit dkt dorm [brader2 ajak kena dota]
Aiseh, abg mmg x larat klau org ajak pekena dota ni, mmg fvorte abg ae..
Mula2 agak takut gak mase nk anto dkt Sir Shazali, sblm 2 ak tnye dlu dkt brader2 kelas ak, tntang gmbar ni.. dorg ckp okea, boleh tahan.. keyakinan aku mkin bertambah :D
abis je kelas, ak trus je antar..
akhirnya... beliau accept :D
tinggal nk print je :)

Sunday, August 9, 2009

Rindu Ya Ramadhan .

Oleh Permata Hati,2002-11-12 08:26:49


Tika Syaaban mulai terbenam
Langit meremang bercahaya
Syahdu Ramadhan tiada berawan
Anak purnama kini menjelma
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Kemilaumu menjadi harapan
Petunjuk jalan kealpaan
Umat kembali keinsafan

Ya Ramadhan
Persada buat insan kerinduan
Selama ini tiada keruan
Mencari mutiara keimanan
Pupuk semula ketaqwaan

Malammu Ramadhan
Pengikat ukhuwah
Pelerai tembok keegoan
Tarawih penyeri kegelapan
Pelantar teguh pengorbanan

Senjamu Ramadhan
Penyeri segala kenikmatan
Bergema kumandang azan
Terlaksana sudah suatu keawajipan

Ya Ramadhan
Purnama rezeki Allah
Melimpah nikmat tercurah
Kurnia sebuah keikhlasan
Nawaitu untuk Maha Penyayang

Ya Ramadhan
Mungkinkah esok akan kembali
Mungkinkah ia menjelma lagi
Insan akan terus menanti
Rindukan berkunjung pasti.

Puasa :D





Oleh ida*Alegra*,2002-11-12 08:14:09



Selain daripada umat Islam, puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabii dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang Barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku-buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan.

Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spiritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengmbangan spiritual terutama sekali di zaman yang penuh dengan pancaroba ini.

Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia, Leo Tolstoy; pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmahnya kepada hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.


Yang baik itu daripada Allah, yang jahat itu dari diri saya sendiri..

Peperangan Di Bulan Ramadhan: Kelebihan Mujahid ..